BTS Media

Bung Moktar Radin disemadikan di Kampung Likas

AHLI Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin, telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu pada pukul 2.25 petang.

Jenazah tiba sekitar pukul 1.45 petang, disambut oleh orang ramai daripada pelbagai latar belakang yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Menurut anaknya, Naim Kurniawan, Moktar Bung, yang berusia 66 tahun, meninggal dunia di sebuah hospital swasta awal pagi tadi, sekitar pukul 1.46.

Beliau baru-baru ini mempertahankan kerusi DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

-BTSMedia.my

Leave a Comment