JUMLAH mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat.
Seramai 11,009 orang daripada 3,839 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri setakat pukul 6 pagi.
Sebanyak 14 daerah terjejas dan 60 PPS diaktifkan, sementara tiada kematian dilaporkan.
Kelantan kekal sebagai negeri paling teruk terjejas, dengan 8,228 mangsa daripada 3,013 keluarga melibatkan empat daerah dan 33 PPS beroperasi.
Perak mencatat 907 mangsa (291 keluarga) merentasi empat daerah dengan 12 PPS dibuka.
Di Perlis, seramai 694 mangsa daripada 201 keluarga ditempatkan di lima PPS dalam satu daerah.
Kedah pula menempatkan 404 mangsa (122 keluarga) di tiga PPS dalam satu daerah, manakala Pulau Pinang mempunyai 381 mangsa (93 keluarga) di empat PPS merentasi dua daerah.
Penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan terus berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan semasa melalui portal rasmi di https://portalbencana.nadma.gov.my./ms/.
 – Btsmedia.my



