BTS Media

Kerajaan umum bantuan untuk 4,000 rakyat malaysia terkandas di Hatyai

GAMBAR: Pr Songhla, Thailand

KERAJAAN sedang menyelaras bantuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa Thailand bagi membantu kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang terkandas di Hatyai akibat banjir besar di wilayah itu.

Maklumat terkini mengenai keadaan banjir di kawasan terjejas diterima melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

Pelbagai agensi berkoordinasi bersama pihak wilayah Songkhla, bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terlibat.

Ramai rakyat Malaysia yang terkandas berharap dapat dibantu segera, dan kerajaan turut mempertimbangkan penggunaan kenderaan berat untuk membawa mereka pulang.

Berita awal tadi menyebut bahawa keadaan banjir dijangka surut menjelang tengah hari Ahad.

Antara yang terkandas termasuk kira-kira 40 pelajar dan guru.

Sementara itu, kerajaan turut memaklumkan bahawa langkah kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut telah digerakkan sejak 13 November melalui Jawatankuasa Bencana Pusat dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Ketika ini, enam negeri dilaporkan terjejas, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, selain beberapa kawasan di utara Perak.

Bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkesan akibat banjir, Kementerian Pendidikan telah menyediakan langkah khusus untuk menangani keadaan tersebut.

-BTSMedia.my

Leave a Comment