JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang untuk tujuh negeri dari sekarang sehingga pukul 1 tengah hari pada har iAhad (23 Nov).
Cuaca buruk dijangka membabitkan beberapa kawasan di Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub).
Amaran turut dikeluarkan untuk Selangor (Sabak Bernam dan Hulu Selangor); Negeri Sembilan (Port Dickson, Rembau dan Tampin); Johor (Tangkak dan Muar); serta Melaka.
Di Sabah, kawasan terjejas termasuk Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ini apabila ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm sejam dijangka berlaku atau berpotensi berlanjutan lebih satu jam.
Amaran ini merupakan amaran jangka pendek dan hanya sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam dari masa ia dikeluarkan.
-BTSMedia.my



