BTS Media

Universal Music Malaysia tarik balik video muzik Dolla

UNIVERSAL Music Malaysia telah menarik balik video muzik terbaharu kumpulan Dolla berjudul “Question”  daripada semua platform digital susulan kebimbangan orang ramai terhadap penampilan anggota kumpulan itu yang dianggap tidak sesuai.

Tindakan tersebut dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, menegaskan keperluan menghormati batas serta sensitiviti masyarakat majmuk negara ini.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, berkata keputusan menarik balik video itu dibuat selepas syarikat tersebut meneliti semula keseluruhan kandungan produksi dan mempertimbangkan maklum balas orang ramai.

Beliau berkata syarikat rakaman itu sentiasa menghormati nilai budaya, sensitiviti agama dan pandangan peminat, selain mengambil serius setiap teguran yang diterima.

Universal Music Malaysia turut menegaskan komitmen untuk memastikan semua projek kreatif melalui proses semakan lebih ketat, termasuk perbincangan dalaman dan pendapat profesional, bagi mengelakkan isu serupa berulang.

  – BTSMedia.my

Leave a Comment