GAMBAR: NSTP
PEGAWAI polis kontroversi, Sheila Sharon Steven Kumar, telah dibawa ke kompleks mahkamah di Kuala Lumpuri, dijangka berdepan pertuduhan menghalang tugas penjawat awam.
Inspektor Sheila, 37 tahun, tiba menaiki sebuah van polis berwarna putih dan diiringi oleh pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), lapor NST.
Ketika berjalan memasuki lobi, Sheila yang berpakaian blaus dan skirt menyapa orang ramai dengan berkata, “Selamat petang semua. Apa khabar? Baik? Kalau ada soalan, boleh tanya saya nanti, ya?”
Laporan lanjut menyusul.
-BTSMedia.my



