PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump, mengorak langkah untuk menari setibanya di KLIA pada hari Ahad (26 Okt) untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-47.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang enyambut ketibaan beliau turut menari di hadapan sekumpulan penari kebudayaan.
Beliau kemudian menaiki kenderaan Cadillac One, yang dikenali sebagai “The Beast”, bersama Anwar pada pukul 10.13 pagi.
Mereka dijangka akan menuju ke Sidang Kemuncak Asean ke-47 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
“The Beast” diiringi oleh konvoi kenderaan bermotor kawalan keselamatan yang ketat.
Ini menandakan lawatan rasmi sulung Trump ke Malaysia dan penyertaan pertamanya dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Asean sejak beliau kembali memegang jawatan.
Trump merupakan presiden Amerika ketiga dalam sejarah yang melawat Malaysia, selepas Lyndon B. Johnson pada tahun 1966 dan Barack Obama pada tahun 2014 dan 2015.
– BTSMedia.my



