BTS Media

102 Sekolah KL, Selangor beralih ke PdPR sepanjang Sidang Kemuncak Asean

SEJUMLAH 102 sekolah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor akan melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan urusan bekerja dari rumah bagi kakitangan mulai 23 Oktober hingga 29 Oktober.

Langkah itu diambil bersempena dengan penganjuran Sidang Kemuncak Asean ke-47, yang dijangka akan menyebabkan gangguan lalu lintas ketara berikutan pelaksanaan penutupan jalan dan kawalan keselamatan ketat.

Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengesahkan ini dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan bahawa ia adalah perlu bagi memastikan jadual pembelajaran murid tidak terganggu sepanjang acara berprofil tinggi itu.

Sidang Kemuncak Asean, yang akan dihadiri oleh pemimpin serantau dan global, dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober di ibu negara.

  – BTSMedia.my

 

Leave a Comment