GAMBAR: Bernama
PUSAT Kawalan Flotila Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan bahawa enam rakyat Malaysia dipindahkan dengan selamat dari kapal mereka, Johnny M, selepas ia terpaksa menarik diri daripada misi Global Sumud Flotila (GSF).
Jurucakap SNCC, Dr Sani Araby Abdul Alim berkata, kapal tersebut terpaksa menarik diri selepas mengalami kebocoran di bilik enjin. Beliau berkata kejadian itu telah mengurangkan jumlah keseluruhan flotila kepada 46 buah kapal, dengan bilangan kapal yang membawa delegasi Malaysia kini berjumlah 10.
-BTS Media