BTS Media

Tiga kapal tentera laut Rusia di Pulau Pinang untuk ulang tahun 110 tenggelam kapal Zhemchug

Oleh Yusoff A. Shariff

UPACARA penghormatan gugurnya anggota tentera laut Rusia di perairan Pulau Pinang semasa Perang Dunia Pertama berlangsung pada pagi hari Selasa (15 Okt).

Ia adalah bagi mengenangkan ulang tahun ke-110 tenggelamnya kapal Tentera Laut Rusia Zhemchug semasa Pertempuran Pulau Pinang pada tahun 1914.

Upacara tahunan di Tanah Perkuburan Jalan Barat di George Town tahun ini dianggap istimewa kerana turut dihadiri oleh wakil dari armada Pasifik Tentera Laut Rusia.

PERTEMPURAN Pulau Pinang Oct 1914

Anggota tentera laut negara itu memberikan tabik hormat dikuti upacara meletak bunga di monumen di situ dengan disaksikan tetamu kehormat.

Duta Besar Rusia ke Malaysia Naiyl Latypov berkata majlis tahun ini istimewa kerana Tentera Laut Rusia hadir buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

“Monumen itu dibina pada tahun 1940 dan dibina semula pada 1976.

Beliau berkata kali ini tiga buah kapal korvet Rusia dan sebuah kapal bekalan berlabuh di Pulau Pinang.

Kapal yang tenggelam itu adalah sebahagian daripada Pasukan Petugas Bersama Bersekutu (termasuk Britain, dan Perancis) yang dalam misi melindungi laluan perdagangan antarabangsa apabila ia tenggelam,” katanya.

Kejadian itu mengakibatkan seramai 89 anggota tentera laut Rusia terkorban apabila kapal mereka diserang oleh kapal perang Jerman, SMS Emden.

Pertempuran Pulau Pinang tercetus pada lewat malam 28 Okt 1914 apabila kapal perang Jerman, SMS Emden melancarkan torpedo ke arah Zhemchug dan menenggelamkannya.

Zhemjug tenggelam dalam masa hanya beberapa minit, menyebabkan 82 anak kapal maut dan lebih 120 cedera.

Beberapa orang yang cedera kemudian meninggal dunia. Mereka yang terkorban dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Barat, George Town, manakala beberapa orang lagi di Pulau Jerejak.

Pertempuran Pulau Pinang yang turut memusnahkan kapal perang Perancis, Mousquet itu adalah satu-satunya pertempuran yang berlaku di Malaya bawah penjajahan British semasa Perang Dunia Pertama.

-BTS Media

Leave a Comment