ORANG ramai dinasihatkan supaya memastikan cip MyKad mereka berfungsi dengan baik agar layak menerima subsidi bersasar petrol RON95.
Ini kerana proses pengesahan di stesen minyak akan memerlukan cip MyKad yang berfungsi.
Bagi yang memiliki kad rosak atau tidak boleh dibaca, penggantian boleh dibuat pada hari yang sama di mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menunggu sehingga saat-saat akhir dan membuat pemeriksaan kad lebih awal untuk menikmati subsidi tersebut.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, kerajaan dijangka menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter menjelang akhir bulan ini, sejajar dengan skim subsidi itu.
–BTS Media