GIANT Malaysia memohon maaf dan telah segera menurunkan harga jenama beras popular berikutan aduan pelanggan di media sosial.
Sebelum ini ramai yang mengadu bahawa produk itu dijual pada harga yang lebih tinggi daripada harga promosi sepatutnya.
Dalam satu hantaran di Facebook, rangkaian pasar raya itu menjelaskan bahawa kesalahan tersebut adalah “kesilapan tidak disengajakan” yang berpunca daripada masalah komunikasi dalaman antara pembekal dan kakitangannya.
Keadaan ini menyebabkan harga beras diletakkan lebih tinggi daripada harga promosi di pasaran.
Syarikat itu berkata bahawa mereka telah membetulkan kesilapan harga tinggi tersebut sebaik sahaja perkara itu dimaklumkan, dengan serta-merta menurunkan harga beras daripada RM55.90 kepada RM35.
-BTS Media