BTS Media

Utusan mohon maaf berita pengampunan Najib

UTUSAN Malaysia menarik balik berita mengenai pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak.

Berita itu ditarik balik kerana fakta yang tidak dapat disahkan, katanya hari ini.

“Kami memohon maaf kepada pembaca,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan hukuman penjara Najib Razak akan dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan, yang kali terakhir dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum penggal pemerintahan Baginda tamat hari ini.

Pada 10 Jan lalu, Shafee menyangkal laporan Channel NewsAsia (CNA) bahawa Lembaga Pengampunan akan bersidang pada bulan ini bagi membincangkan permohonan pengampunan diraja bekas perdana menteri itu.

Beliau menegaskan sidang lembaga itu dianggap sebagai rahsia penting, dengan identiti anggotanya dan tarikh mesyuarat tidak dihebahkan.

Pada 28 Julai 2020, Najib disabit kesalahan oleh Hakim Nazlan Ghazali, yang ketika itu adalah hakim Mahkamah Tinggi, kerana salah guna kuasa, pengubahan wang, dan pecah amanah jenayah dalam kes SRC International, melibatkan dana berjumlah RM42 juta.

Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022, sejurus Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya.

-FMT

Leave a Comment