KISAH menyayat hati Hero, seekor anjing jalanan yang telah menarik perhatian ramai sejak beberapa hari, dilaporkan menemui ajal tragis.
Anjing itu, yang terperangkap di bumbung Pangsapuri Villa Kejora, George Town, Pulau Pinang selama tujuh hari, jatuh 17 tingkat hingga mati awal pagi tadi, sebelum penyelamat sempat tiba.
Hujan lebat dipercayai punca faktor haiwan itu terjatuh.
Berita tentang pengakhiran yang menyayat hati ini telah dikongsikan oleh seorang penyelamat, David Yim, di Facebook.
Yim berkata dia berasa amat sedih atas tragedi itu, kerana tidak berjaya menyelamatkan Hero.
Sebelum ini, operasi menyelamat telah menarik beberapa pihak untuk bergabung, antranya Jabatan Bomba dan Penyelamat, 4PAWS (Persatuan Kebajikan Haiwan Pulau Pinang), International Aid for the Protection & Welfare of Animals (IAPWA), petugas Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Angkatan Pertahanan Awam, pencinta haiwan dan sukarelawan dari Selangor, Peranakan Chingay Pulau Pinang.
Mereka telah berusaha tanpa henti, menggunakan pelbagai untuk menyelamatkan anjing yang ketakutan itu.
Menurut Yim, mereka telah melakukan segala yang mampu, termasuk menyusun sangkar dengan teliti, mengukuhkan laluan, dan memastikan makanan serta air bersih sentiasa tersedia.
Bagaimanapun, Hero takut untuk bergerak ke tempat selamat yang disediakan.
Difahamkan bahawa anjing itu mungkin telah merayau ke dalam kompleks pangsapuri tersebut, atau mengekori anjing penghuni lain atau mencari tempat perlindungan, sebelum dikejar hingga terperangkap di bumbung.
Walaupun dalam ketakutan, Hero kadang-kala menunjukkan tanda-tanda jinak terhadap orang yang cuba menyelamatkannya.
4PAWS berkata bahawa kumpulan itu mahu mengambilnya sebagai peliharaan jika pemilik yang sah tidak ditemui.
Walaupun dengan usaha kolektif dan harapan besar dari masyarakat, usaha untuk menyelamatkan Hero berakhir dengan kesedihan.
-BTS Media