GAMBAR AI hanya ilustrasi
SEBUAH kereta di Lebuhraya Pasir Gudang mengalami kerosakan semalam (29 Julai) apabila terkena tayar sebuah lori yang tercabut dan melambung dari arah bertentangan.
Kejadian yang berlaku di Km19.7 lebuh raya sekitar pukul 3:47 petang itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata bahawa tayar lori tersebut tiba-tiba tercabut dan melambung ke laluan kenderaan yang datang dari arah Seri Alam menuju Kampung Pasir.
Beliau mengesahkan pemandu kereta tidak mengalami kecederaan, namun kenderaan tersebut rosak.
Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kejadian.
-BTS Media