SASPENS dan debaran mengenai langkah-langkah menangani kos sara hidup berakhir buat masa ini, dengan pengumuman hari ini.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan siri inisiatif, termasuk bantuan tunai RM100 untuk semua warganegara dewasa, bersama subsidi bersasar dan cuti umum.
Berikut adalah pengumuman tersebut:
- 1. Bantuan tunai RM100 untuk semua warganegara dewasa
Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima kredit RM100 secara sekali melalui MyKad mereka di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan tersebut boleh digunakan mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025. Ia boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di lebih 4,100 kedai, termasuk rangkaian utama seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, 99Speedmart, dan kedai runcit yang mengambil bahagian di seluruh negara. Bantuan ini adalah berdasarkan individu, bukan isi rumah. Sebagai contoh, sebuah keluarga empat orang dewasa akan menerima RM400. Sejumlah 22 juta orang dijangka akan mendapat manfaat daripada pembayaran ini, dengan peruntukan RM2 bilion. Ini menjadikan jumlah peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sara untuk 2025 kepada RM15 bilion.
- Harga petrol RON95 diturunkan kepada RM1.99/liter
Di bawah mekanisme subsidi bahan api bersasar baharu, rakyat Malaysia akan dapat membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter. Ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 18 juta pemandu dan penunggang. Butiran penuh akan diumumkan pada akhir bulan September. Warga asing tidak layak menerima harga bersubsidi dan perlu membayar kadar pasaran.
- Kenaikan tol ditangguhkan di 10 lebuh raya
- Kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya ditangguhkan. Lebuh raya yang terlibat termasuk:
- Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
- Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
- Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
- Jalan Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
- Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)
- Subsidi Bersasar
Subsidi elektrik dan bahan api akan terus distruktur semula untuk memastikan ia memanfaatkan kumpulan yang layak. 85% pengguna domestik menikmati bil elektrik lebih rendah pada bulan Julai tahun ini berikutan pembaharuan tarif.
- 15 Sept diisytiharkan cuti umum
Sempena Hari Malaysia, hari Isnin, 15 Sept 2025, akan menjadi cuti umum khas.
- Lebih Banyak Program Jualan Rahmah Madani
Kerajaan akan menggandakan peruntukan untuk program Jualan Rahmah Madani daripada RM300 juta kepada RM600 juta. Ini akan meningkatkan kekerapan dan liputan jualan bersubsidi di ke semua 600 kawasan Dewan Undangan Negeri.
-BTS Media