MAHKAMAH Rayuan membenarkan penangguhan sementara terhadap prosiding sivil yang difailkan oleh Yusoff Rawther terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Peguam Anwar, Rajasegaran S Krishnan, menjelaskan bahawa keputusan panel tiga hakim itu bermakna perbicaraan di Mahkamah Tinggi akan ditangguhkan sementara Mahkamah Rayuan meneliti rayuan Anwar mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk merujuk beberapa persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan.
Sebelum ini, pada 10 Jun lalu, Mahkamah Rayuan telah mengeluarkan perintah penangguhan sementara terhadap semua prosiding dalam saman sivil tersebut, di mana Yusoff mendakwa Anwar telah melakukan serangan seksual ke atasnya pada tahun 2018.
Panel hakim juga sebelum ini meluluskan permohonan Anwar untuk penangguhan sementara menunggu keputusan permohonannya bagi penangguhan penuh prosiding.
-BTS Media