SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memohon maaf kepada keluarga Teoh Beng Hock, hampir 15 tahun selepas kematiannya di pejabat SPRM Selangor semasa beliau dalam siasatan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dilaporkan berkata bahawa suruhanjaya itu amat menyesali tragedi tersebut dan mengakui penderitaan yang dialami oleh keluarga Teoh.
Beliau menambah bahawa kejadian tragis itu telah memberi impak yang mendalam bukan sahaja kepada keluarga mendiang tetapi juga kepada semua anggota SPRM dan negara secara keseluruhannya.
Azam Baki mengakhiri kenyataannya dengan menyampaikan simpati mendalam dan permohonan maaf suruhanjaya kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock.
-BTS Media