RAFIZI Ramli berkata dia berasa amat lega, dan bersedia untuk kembali menjalani kehidupan sebagai rakyat ‘biasa’ susulan kekalahannya dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR.
Kekalahan di tangan anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah itu telah menamatkan penglibatannya sejak sekian lama di peringkat kepimpinan tertinggi parti.
Dalam satu post di platform X, Rafizi berkata dia tidak berasa terlalu teruk, malah amat lega kerana dapat kembali menjalani kehidupan peribadi, jauh daripada kancah perebutan kuasa.
Ahli Parlimen Pandan yang berusia 47 tahun dan ahli strategi PKR itu mengimbas kembali perjalanan politiknya selama 27 tahun, yang dicemari oleh perbicaraan mahkamah, pendedahan skandal kewangan, dan pengunduran awal dari dunia korporat untuk berkhidmat di bawah Anwar Ibrahim.
Walaupun kalah dalam pilihan raya parti, Rafizi menjelaskan bahawa komitmennya terhadap reformasi tetap tidak berubah.
Dia menyatakan tidak berminat untuk meninggalkan pegagangan idealistik bahawa Malaysia berhak mendapat yang lebih baik, prinsip yang menariknya ke dalam aktivisme dan politik pada sejak awal.
Dia mengucapkan terima kasih kepada penyokong atas sokongan mereka dan mengakui kekecewaan dalam kalangan ahli parti.
Tetapi, daripada memikirkan keputusan itu, Rafizi berkata dia akan menggunakan masanya di luar politik untuk berhubung semula dengan rakyat Malaysia biasa dan terus memperjuangkan perubahan.
-BTS Media