GAMBAR ATAS: Facebook Lee Khai Loon.
Oleh Yusoff A. Shariff
CALON Pakatan Harapan bagi kerusi DUN Machang Bubok, Lee Khai Loon, pengsan di pejabatnya di Bukit Mertajam hari ini.
Post yang disiarkan di Facebook yang menyatakan: “YB Khai Loon jatuh pengsan, semua program akan dibatalkan hari ini. Harap maaf,” disertakan dengan gambar menunjukkan Lee terbaring di atas lantai.
Bekas anggota Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Abdul Halim Hussain turut mendoakan Lee cepat sembuh, turut merujuk kepada cabaran berkempen dalam cuaca panas.
“Banyak stamina yang diperlukan untuk tempoh kempen ini. Semoga YB cepat sembuh,” katanya.
-BTS Media