BTS Media

Hakim Persekutuan halang pentadbiran Trump sekat kemasukan pelajar asing ke Harvard University

SEORANG hakim persekutuan telah menyekat tindakan pentadbiran presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menghalang pendaftaran pelajar asing di Harvard University.

Tindakan tersebut dianggap oleh Harvard sebagai balas dendam yang tidak berperlembagaan.

Dalam hujahnya, Harvard berkata bahawa tindakan kerajaan itu melanggar Pindaan Pertama (First Amenment) Perlembagaan Amerika Syarikat, dan akan memberi kesan teruk kepada universiti yang mempunyai lebih 7,000 pelajar pemegang visa.

Ia menegaskan bahawa kehadiran pelajar antarabangsa adalah penting kepada identiti dan misi Harvard University.

Sebelum ini, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS (DHS) menuduh Harvard mewujudkan persekitaran kampus tidak selamat dengan kehadiran “puak anti-Amerika, pro-pengganas” yang kononnya berkoordinasi dengan Parti Komunis China.

Selain itu, DHS juga berkata bahawa Harvard mengamalkan tadbir urus yang bersifat anti-Yahudi.

Bagaimana pun, jabatan itu akan menjawab tentang dakwaan berkaitan Parti Komunis China pada lain masa.

Bekas presiden Harvard, Lawrence Summers, mengecam keputusan pentadbiran Trump dan menyifatkannya sebagai satu kegilaan, kerana ia akan menyebabkan kehilangan tokoh-tokoh penting di institusi tersebut.

Susulan itu, sekatan terhadap Harvard akan ditangguhkan sementara menunggu keputusan mahkamah selanjutnya.

Namun demikian, apa yang berlaku telah mencetuskan kebimbangan dalam kalanga pelajar antarabangsa yang berada di Harvard, kerana mereka khuatir apa akan berlaku selanjutnya.

Sekiranya tindakan Trump kekal, Harvard University tidak akan dapat menerima pelajar antarabangsa baharu untuk sekurang-kurangnya dua tahun akademik akan datang.

-BTS Media

Leave a Comment