KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memohon maaf di atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam laporan analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan hari ini (Khamis 24 Apr).
DALAM satu kenyataan, KPM berkata kecuaian sedemikian tidak dapat diterima  memandangkan Jalur Gemilang merupakan lambang kebesaran dan kedaulatan negara.
Menurut kenyataan itu lagi, tindakan tegas telah diambil terhadap semua pihak yang terlibat dalam insiden tersebut.
Kementerian memaklumkan bahawa siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kesilapan.
KPM juga meminta supaya dikembalikan laporan analisis berkenaan dan pembetulan segera dibuat bagi memastikan maklumat yang tepat dapat disalurkan.
-BTS Media