BTS Media

Bantuan Aidilfitri RM500 untuk penjawat awam, RM250 untuk pesara

KERAJAAN hari ini mengumumkan bantuan kewangan khas Aidilfitri untuk penjawat awam dan pesara.

Penjawat awam dalam Gred 56 dan ke bawah akan menerima RM500, dan pembayaran ini akan diagihkan pada minggu depan.

Pesara kerajaan, termasuk mereka yang berpencen dan tidak berpencen, serta veteran, akan menerima RM250.

Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, walaupun isu berhubung bonus penjawat awam telah diselesaikan pada bulan Februari, namun kerajaan telah meneliti semula perkara tersebut disebabkan oleh peningkatan prestasi dalam pentadbiran, perkhidmatan, dan dedikasi penjawat awam.

Beliau membuat pengumuman ini kepada wartawan selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Beliau juga memaklumkan bahawa menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2024, Gred 55 dan 56 di bawah Sistem Saraan Malaysia telah diklasifikasikan semula sebagai Gred SSPA 15.

-BTS Media

Leave a Comment