SPEAKER Dewan Undangan Negeri Perak Mohammad Zahir Abdul Khalid akan memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Ayer Kuning seawal hari Selasa ini.
Beliau memaklumkan ini kepada pemberita di rumah Ahli Undangan Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 59, yang meninggal dunia selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di Georgetown, Pulau Pinang pada hari Sabtu (22 Feb).
Pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima notis rasmi kekosongan tersebut.
Terakhir pilihan raya kecil diadakan di negeri Perak ialah pada 29 Ogos 2020 untuk kerusi DUN Slim.
Sementara itu, jenazah Ishsam dibawa pulang ke kediamannya sekitar pukul 12.30 pagi selepas bedah siasat di Hospital Pulau Pinang.
Jenazah kemudian dibawa ke Masjid An-Nur diurus sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh.
-BTS Media