AHLI Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning Ishsam Shahruddin meninggal dunia awal petang ini pada usia 58 tahun.
Berita disahkan oleh Ketua Pemuda UMNO Tapah Fahmi Jakhsi.
Menurut Fahmi, beliau meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bermain bola sepak di Pulau Pinang,” katanya.
Dilahirkan pada 31 Ogos 1966, Ishsam adalah bekas pemain bola sepak dan menghabiskan sebahagian besar kariernya bermain untuk Perak FA.
Ahli parlimen UMNO itu juga merupakan sebahagian daripada pasukan Perak ketika negeri itu memenangi Piala FA pada tahun 1990.
Beliau dipilih sebagai ADUN Ayer Kuning pada pilihan raya umum lalu, dan memenangi kerusi dalam pertarungan lima penjuru.
-BTS Media