BTS Media

Langkah proaktif perlu untuk memastikan keselamatan awam – NGO

LANGKAH proaktif mesti dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan kejadian seperti tembakan di pusat beli-belah Setia Alam.

Pengasas NGO Rakyat Malaysia Menentang Rogol, Serangan dan Ragut (MARAH) Dave Avran berkata langkah sementara, termasuk mengetatkan keselamatan tidak akan menangani punca isu itu.

“Memastikan keselamatan awam memerlukan perubahan sistemik, daripada teknologi pengawasan yang lebih baik kepada dasar dan peraturan yang lebih ketat.

“Ini tidak boleh dilaksanakan sedikit demi sedikit atau hanya apabila didorong oleh tragedi.

Kini terdapat keperluan mendesak untuk komitmen jangka panjang terhadap keselamatan awam,” katanya ketika dihubungi pada Ahad (9 Feb), lapor The Star.

Beliau berkata pihak berkuasa perlu segera bertindak sebelum sebarang tragedi dilaporkan oleh media.

“Inisiatif pencegahan jenayah harus didepankan dalam penggubalan dasar, bukan hanya dibuat selepas berlaku tragedi.

“Keselamatan orang ramai perlu diutamakan, dan bukan sekadar selepas berlaku sesuatu – mereka berhak dilindungi secara lestari dan mampan dalam usaha pencegahan jenayah,” katanya.

Polis Selangor dilaporkan telah mengenal pasti penembak dalam kejadian di pusat membeli-belah di Setia Alam, Shah Alam semalam .

Suspek, warga tempatan berusia 30-an, mempunyai 11 rekod jenayah lampau dan berkaitan dadah.

Ketika kejadian, seorang lelaki warga asing yang bekerja sebagai tukang cuci cedera selepas terkena tembakan di bahagian kaki dan punggung.

Keadaan di pusat beli-belah itu kecoh berikutan insiden tembakan pada hari Sabtu (8 Feb) malam.

Polis berkata pusat beli-belah itu kini selamat dan membenarkan ia beroperasi seperti biasa pada hari Ahad.

-BTS Media

Leave a Comment