KERAJAAN sepatutnya mengutamakan isu domestik sebelum membantu membina semula Gaza.
Ini saranan bekas menteri Rafidah Aziz mengenai pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke arah inisiatif tersebut.
Beliau berkata,walaupun Gaza perlu dibina semula dan niat sedemikian dipuji, namun terdapat isu-isu yang mendesak di tanah air sendiri.
Antara lain, beliau memetik “keadaan menyedihkan” sekolah luar bandar yang sering ditonjolkan di media.
Selain itu, beliau juga berkata di Malaysia sendiri masih terdapat pelbagai kekurangan di hospital kerajaan kawasan luar bandar serta di tempat-tempat ibadat, katanya kepada Malaysiakini.
Rafidah juga berkata bahawa pesara, terutama mereka yang hidup di bawah paras kemiskinan, perlu dibantu.
“Kerajaan tidak sepatutnya mempertikaikan permintaan sah dan tepat pada masanya, yang diputuskan oleh mahkamah tertinggi di negara ini,” tambahnya.
Pada 24 Jan lepas, kerajaan telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan semakan kehakiman berhubung kenaikan pencen bagi pesara berdasarkan gaji akhir mereka mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, berkuat kuasa Januari 2022.
Rafidah menekankan bahawa pemimpin Malaysia mesti mengutamakan keperluan rakyat Malaysia.
Beliau berkata, adalah terpuji untuk membantu dunia tetapi pastinya adakah inisiatif tersebut sekadar untuk meraih nama demi politik?
“Banyak yang perlu diselesaikan dan dilakukan di negara kita,” tambahnya.
Rafidah juga menegaskan bahawa kemusnahan di Gaza adalah atas “wilayah yang dipertikaikan.
Beliau berkata setelah konflik berakhir dengan muktamad dan semua syarat diterima pihak terbabit, Putrajaya boleh menubuhkan tabung kemanusiaan khas kemanusiaan.
“Jemput sektor swasta untuk menderma, dan sumbangan itu dikecualikan cukai, dengan penglibatan minimum atau tiada wang pembayar cukai lain digunakan oleh kerajaan,” tambahnya.
Semalam, Anwar berkata Malaysia akan membina sekolah, hospital dan masjid sebagai usaha awal membantu pembinaan semula Gaza. Beliau berkata pembinaan semula itu akan dilaksanakan dengan kerjasama rakyat dan sektor swasta.
-BTS Media