GAMBAR: Yonhap
TUJUH penumpang cedera dalam kebakaran sebuah pesawat Korea Selatan pada hari Selasa.
Media tempatan melaporkan bahawa kebakaran mungkin disebabkan oleh bateri mudah alih yang disimpan dalam tempat simpanan bagasi dalam kabin.
Kejadian di bahagian belakang pada malam Selasa itu membabitkan pesawat Air Busan, Airbus A321 yang dijadualkan berlepas ke Hong Kong dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, tenggara Busan, kata kementerian pengangkutan negara itu.
Seramai 169 penumpang dan tujuh pramugari serta kakitangan telah dipindahkan keluar dari pesawat melalui alat gelongsor.
Pihak berkuasa pada mulanya melaporkan tiga kecederaan tetapi menyemak semula jumlah itu kepada tujuh pada hari Rabu.
-BTS Media