BTS Media

Pesawat terbakar di landasan Lapangan Terbang Haneda Tokyo

https://youtu.be/9kZfoQbT8lU

TOKYO: Sebuah pesawat Japan Airlines terbakar di landasan Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada hari Selasa (2 Januari).

Rakaman video NHK menunjukkan pesawat tersebut bergerak di sepanjang landasan pacu sebelum berlaku letupan dan mula terbakar di bahagian bawah, hingga merebak.

Punca kejadian tidak jelas pada mulanya, tetapi laporan TV mengatakan bahawa pesawat Airbus itu bertembung dengan sebuah pesawat pengawal pantai.

NHK juga melaporkan bahawa semua 367 penumpang dalam pesawat berkenaan sempat diselamatkan.

Video turut menunjukkan api keluar dari tingkap dan bahagian kokpit pesawat.

-BTS Media

Leave a Comment