BTS Media

Majikan tak boleh paksa pekerja ambil cuti tahunan, cuti tanpa gaji

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) mengingatkan majikan yang berhasrat menutup operasi perniagaan melebihi hari kelepasan am diwartakan sempena Tahun Baru Cina, supaya tidak memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji dalam tempoh berkenaan.

KESUMA berkata, pihaknya ada menerima aduan mengenai tindakan segelintir majikan yang memaksa pekerja untuk mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji berikutan penutupan operasi perniagaan sebelum dan selepas hari kelepasan am.

“KESUMA ingin menegaskan bahawa pekerja berhak untuk menentukan bila cuti tahunan yang hendak dimohon dan majikan tidak boleh memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji bagi mengurangkan kos perniagaan.

“Ini kerana cuti tahunan serta cuti tanpa gaji hendaklah diberikan atas kehendak dan permohonan pekerja sendiri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, pekerja yang mendapati majikan menolak kelayakan cuti tahunan atau gaji mereka bagi tempoh penutupan syarikat yang melebihi hari kelepasan am, boleh melaporkan perkara itu kepada Pejabat Tenaga Kerja berhampiran.

Ia termaktub dalam peruntukan seksyen 69 Akta Kerja 1955 (Akta 265).

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1354676/majikan-tak-boleh-paksa-pekerja-ambil-cuti-tahunan-cuti-tanpa-gaji

 

Leave a Comment