BTS Media

Remaja hilang ditemukan mati lemas di Jerantut

GAMBAR: Bomba Jerantut.

SEORANG remaja lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Pahang ketika memancing di sebuah rumah rakit di Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut ditemukan mati lemas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Salahuddin Isa berkata mayat Azri Fahmi, 14, dijumpai terapung oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 7.45 pagi hari Isnin (6 Jan).

“Mayat Azri yang ditemui 900m dari tempat dia dilaporkan terjatuh, diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelajar itu dilaporkan terjatuh ketika memancing bersama dua rakannya di sebuah rumah terapung pada hari Sabtu (4 Jan).

Operasi SAR telah dijalankan serta-merta dan operasi turut melibatkan dua ekor anjing pengesan dari Unit K9.

-BTS Media

Leave a Comment