AKTIVIS dan pelukis grafik Fahmi Reza telah ditahan polis bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan, selepas dia tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Penampang dekat Kota Kinabalu tengah hari semalam (30 Dis).
Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun mengesahkan perkara ini dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah pada hari Isnin.
Menurut Jauteh polis menerima laporan bahawa Fahmi Reza menampal karikatur imej Musa Aman yang akan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah di beberapa kawasan, termasuk Kota Kinabalu.
Fahmi Rezajuga dikatakan disiasat berhubung dakwaan hasutan membabitkan perkara lain.
Baru-baru ini tular satu video menunjukkan Fahmi Reza menampal karikatur tersebut di sebuah kawasan di Kota Kinabalu.
Video berkenaan tertulis perkataan merujuk kepada “Solidariti dengan rakyat Sabah yang memerangi rasuah”.
-BTS Media