BTS Media

JPJ lakukan pemeriksaan mengejut di Puspakom seluruh negara

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melakukan pemeriksaan mengejut di pusat Puspakom seluruh negara bagi memastikan pematuhan piawaian pemeriksaan kenderaan.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Muhammad Kifli Ma Hassan berkata “Ops Gempur Puspakom” itu bermula pada pukul 9.30 pagi hari ini (30 Dis) melibatkan 350 anggota.

“Pemeriksaan mengejut yang dijalankan jabatan hari ini adalah pendekatan penguatkuasaan berperingkat mengikut arahan menteri pengangkutan, yang bermula dengan sekatan jalan raya.

“Ini akan diteruskan dengan serbuan ke atas pengeluar tayar celum (retread) dan penguatkuasaan di kedai aksesori kenderaan bersama-sama Perdagangan Dalam Negeri dan Pasukan penguatkuasa Kos Sara Hidup tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita di pusat Puspakom Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Hamidi Adam Beliau berkata bagi Puspakom Wangsa Maju sahaja, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap 115 buah lori.

“Daripada 115 lori yang diperiksa, 29 kenderaan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan 69 notis dikeluarkan.

“Kita juga telah merampas lima kereta dan dua lori, menjadikan keseluruhan tujuh kenderaan disita hanya dalam tempoh dua jam 30 minit operasi.

“Tambahnya, operasi hari ini mendedahkan beberapa perkara yang memerlukan penambahbaikan.

Beliau berkata, mereka juga mendapati banyak lori menggunakan tayar celup (retread) yang tidak selamat.

“Ketua Setiausaha kementerian telah memaklumkan kepada ketua pegawai eksekutif Puspakom supaya membuat penambahbaikan segera kerana kebanyakan tayar ini mudah pancit atau pecah pada bila-bila masa di atas jalan. Jika tidak ditangani, ia boleh mengakibatkan kemalangan,” katanya.

Menurut Kifli pemeriksaan di Puspakom Wangsa Maju turut mendapati sebuah kenderaan yang dianggap tidak selamat telah lulus pemeriksaan di Puspakom.

Susulan itu, katanya, penyelia dan pihak yang bertanggungjawab melakukan pemeriksaan itu perlu hadir ke pejabat JPJ esok untuk soal siasat.

Beliau juga berkata bahawa kertas siasatan akan dibuka dan kemas kini akan diberikan apabila lebih banyak maklumat terkumpul.

-BTS Media

Leave a Comment