BTS Media

Tengku Zafrul masuk PKR?

USAHA sedang dijalankan untuk Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyertai PKR.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu dijangka meninggalkan Umno, dengan rundingan peringkat atasan selesai untuk kemasukannya ke dalam parti PKR, lapor The Star.

Pada bulan April lalu, Tengku Zafrul meletak jawatan sebagai bendahari Umno Selangor, atas alasan perbezaan pendapat dan tiada hala tuju.

Dalam satu kenyataan di Facebook, beliau berkata Umno Selangor memerlukan kepimpinan yang kukuh untuk menjadikan ia kuasa besar seperti dahulu.

Pengumuman itu adalah satu kenyataan kukuh bahawa beliau tidak lagi mempunyai sebarang kepentingan dalam Umno.

Kemasukan beliau ke dalam PKR tidak mengejutkan kerana Tengku Zafrul dikatakan bekerja dengan baik dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan dianggap sebagai aset dalam Kabinet.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari juga secara peribadi menyatakan hasratnya untuk mendapatkan jawatan peringkat persekutuan.

Pada tahun 2022, Amirudin menewaskan bekas MB Selangor Datuk Seri Azmin Ali untuk menawan kerusi Parlimen Gombak.

Tidak jelas bagaimana Tengku Zafrul akan dapat menggunakan pengalamannya dalam PKR, tetapi sudah pasti beliau akan menjadi aset di peringkat persekutuan atau negeri.

Penggalnya sebagai senator akan berakhir pada Disember 2025.

Pilihan raya umum akan datang mesti diadakan pada tahunn 2027, tetapi spekulasi mengatakan ia boleh diadakan pada tahun 2026.

Setakat ini tidak pasti bila pengumuman rasmi tentang penyertaan Tengku dalam PKR akan dibuat.

Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh berkata tiada laluan khas untuk menyertai parti itu dan sesiapa yang ingin menyertai parti itu, termasuk Tengku Zafrul Aziz mesti mengikut prosedur standard.

Bagaimanapun, menurut The Star lagi, beberapa sumber kanan Umno sudah mendengar cakap-cakap bahawa Tengku Zafrul mahu menyertai PKR.

“Adalah penting naratif yang betul dibuat dalam pengumuman itu kerana dia masih akan berada dalam kerajaan perpaduan,” kata seorang pegawai.

-BTS Media

Leave a Comment