JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan berlakunya gelombang kedua banjir dalam tempoh dua minggu akan datang, bermula esok, dengan Pahang dan Johor antara negeri dijangka terjejas kali ini.
Di Sabah dan Sarawak, bagaimanapun, banjir dijangka berlaku mulai akhir bulan ini hingga bulan Mac tahun depan.
Buat masa ini kurang daripada 10,000 mangsa banjir kekal berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), berbanding 153,000 individu daripada 45,000 keluarga pada 1 Dis.
-BTS Media