BTS Media

Banjir teruk: TNB potong bekalan elektrik di Alor Star dan Sik

TENAGA Nasional Bhd (TNB) telah memotong sementara bekalan elektrik di beberapa kawasan di Kedah berikutan banjir teruk.

Dalam satu kenyataan hari ini (1 Dis), TNB Careline mengumumkan penggantungan bekalan elektrik di beberapa kawasan di daerah Kota Setar dan Sik bermula pukul 1 tengah hari ini  bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Bekalan elektrik juga telah dipotong ke kawasan berikut di Alor Star sebagai langkah keselamatan:

  1. Kampung Bukit Derang
    2. Kampung Bukit Hijau
    3. Kampung Empa 1 and 2
    4. Kampung Teras
    5. Royal Malaysian Air Force Camp
    6. Kampung Alor Madi
    7. Kampung Pulau Kerengga
    8. Alor Gunung Water Pump House
    9. Kampung Titi Gajah 1
    10. Kampung Alor Perang
    11. Kampung Alor Senjaya

Di Sik, bekalan elektrik turut dipotong buat sementara waktu ke Kampung Padang Chicar.

TNB Careline menggesa orang ramai mengelak daripada menyentuh tiang logam atau berjalan di atas mana-mana peralatan elektrik yang tenggelam bagi mengelakkan risiko renjatan elektrik.

-BTS Media

Leave a Comment