BTS Media

Saya sedia digantung, dipecat daripada PKR kerana kritik kerajaan, kata Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata beliau tidak akan membuat rayuan terhadap sebarang keputusan yang dibuat oleh lembaga disiplin PKR pada hari Ahad (24 Nov), berikutan kritikannya terhadap kerajaan baru-baru ini.

Beliau memberitahu Sinar Harian bahawa beliau terbuka dan bersedia menerima sebarang keputusan termasuk jika digantung atau dipecat daripada parti.

“Saya dipanggil oleh lembaga disiplin parti pada hari Khamis (21 Nov) tetapi tiada keputusan dibuat.

“Mereka hanya memberikan pandangan lembaga disiplin parti dan berkata mereka akan merujuk kepada biro politik PKR dan kemudian kepada majlis kepimpinan PKR, dipengerusikan oleh presiden Anwar Ibrahim.

“Jadi, keputusan akan dibuat esok (Ahad),” katanya kepada Sinar Harian hari ini( Sabtu 23 Nov).

Hassan dihadapkan ke lembaga disiplin parti selepas didapati mengkritik kerajaan berhubung pelantikan pengendali projek rangkaian 5G kedua.

Selain itu, PKR menganggap bahawa Hassan telah merosakkan imej parti dengan membuat kenyataan umum mengenai perkara tersebut.

-BTS Media

Leave a Comment