JAKE Paul menewaskan legenda tinju Mike Tyson dengan keputusan sebulat suara untuk memenangi pertarungan heavyweight antara generasi di Texas hari ini.
Pertarungan tersebut jelas gagal memenuhi harapan dan keterujaan yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Pertentangan antara Jake, 27, seorang YouTuber, pelakon, dan peninju profesional Amerika dan Tyson, bekas juara heavyweight berusia 58 tahun disiarkan secara langsung di Netflix dan dipersembahkan di hadapan ribuan penonton di Stadium AT&T di Arlington, Texas, Amerika Syarikat.
Dengan kemenangan itu, Jake dibayar sebanyak AS$40 juta (RM178 juta), manakala Tyson mendapat AS$20 juta (RM89 juta).
-BTS Media