MEMBAKAR mercun dan bunga api adalah sesuatu kemestian semasa perayaan Deeepavali bagi berjuta-juta penganut Hindu India.
Seorang peniaga di Ahmedabad, Gujarat memberitahu Reuters bahawa walaupun bunga api dan mercun merosakkan alam sekitar, namun ia sesuatu yang rapat dengan perayaan Deepavali.
Walaupun larangan itu tidak menghalang orang ramai terus membakar mercun, kilang menghasilkannya mengaku bahawa jualan telah merosot tahun ini kerana kenaikan kos sara hidup.
Selain itu, faktor tersebut juga tidak menggalakkan pengeluaran dengan kadar yang banyak.
Di sebuah kampung di Ahmedabad, beribu-ribu penduduk dengan tubuh dilitupi debu belerang bekerja selama 16 jam sebagai buruh kilang mercun dan bunga api sekadar untuk mendapatkan gaji 500 rupee (RM26) sehari bekerja.
Dalam keadaan ini, undang-undang larangan mercun sukar dilaksanakan, terutamanya semasa perayaan Deepavali, walaupun hukuman penjara dan denda ditetapkan bawah undang-undang.
Bandar raya New Delhi, dengan penduduk melebihi 20 juta orang merupakan ibu kota paling tercemar di dunia.
Bermula bulan Oktober setiap tahun, kualiti udara di bandar raya itu menjadi bertambah buruk akibat pembakaran tunggul ladang selepas musim menuai, asap kereta dan asap toksik mercun yang terperangkap di ruang udara.
“Pembakaran sisa ladang telah berkurangan, tetapi kini digantikan dengan pencemaran daripada asap dan debu mercun pula,” kata Menteri Alam Sekitar Delhi Gopal Rai kepada agensi berita ANI.
-BTS Media