BTS Media

Netflix dikecam kerana menyekat 19 filem daripada kategori Palestin platform itu

PENGGUNA mendapati bahawa sejumlah besar kandungan mengenai Palestin tidak lagi tersedia pada rangkaian penstriman sejak pertengahan bulan Oktober.

Mereka mempersoalkan sama ada syarikat itu diberi tekanan daripada kumpulan pro-Israe, hingga perlu menyekat filem-filem tersebut.

Kumpulan hak asasi Freedom Forward berkata, “Netflix telah membatalkan hampir semua filem tentang Palestin.”

“Kami amat bimbang bahawa tindakan Netflix menyekat hampir keseluruhan stok filem Palestin akan meminggirkan lagi suara Palestin ketika lebih dua juta rakyat Palestin di Gaza sedang dimangsakan oleh Israel  melalui agenda pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Israel.

Tindakan Netflix itu meluaskan lagi senarai media untuk menutup mulut pro-palestin yang berjalan sejak beberapa dekad. Ia adalah sebahagian daripada langkah penindasan pandangan dan naratif Palestin oleh syarikat media, berita dan hiburan Barat.

Sebagai tindak balas, Netflix berkata koleksi Kisah Palestin dengan 32 filem telah dilancarkan pada bulan Oktober 2021 sebagai sebahagian daripada perjanjian pelesenan selama tiga tahun.

Sebagai alasan, Netflix berkata “Lesen-lesen itu telah tamat tempoh, dan seperti biasa kami terus melabur dalam pelbagai jenis filem dan rancangan TV berkualiti untuk memenuhi keperluan pelanggan kami, dan (kononnya) meraikan suara dari seluruh dunia.”

Bagaimanapun, penjelasan Netflix itu dianggap hambar dan tidak meyakinkan.

Menurut Freedom Forward, “Netflix sepatutnya melakukan segala yang boleh untuk berkongsi dan memanjangkan suara Palestin kepada dunia.”

-BTS Media

Leave a Comment