BTS Media

Kereta rempuh jengkaut: Suami isteri maut

GAMBAR: Jabatan Bomba

SEPASANG suami isteri maut manakala anak lelaki mereka berusia 11 tahun cedera selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah jengkaut di Batu 10 Jalan Kuantan-Maran awal pagi tadi (Sabtu 26 Okt).

Pesara bomba Mohd Fadli Mohd Abidin, 42, dan isterinya Rohafiza Taha, 50, kedua-duanya dari Kemaman, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pukul 2 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kemalangan melibatkan kenderaan Mitsubishi Xpander dan sebuah jengkaut yang diletakkan di tepi jalan.

“Siasatan mendapati Fadli memandu dari arah Gambang menghala ke Kemaman dan sebaik tiba di lokasi, dia dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah jengkaut yang diletakkan di bahu jalan.

-BTS Media

Leave a Comment