LIPIS: Majlis Daerah Lipis (MDL) akan menjalankan siasatan berhubung satu video yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran sedang membersihkan periuk menggunakan penyapu pada hari Sabtu (6 Okt).
Pengerusi MDL, Mohd Hafizi Ibrahim berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya siasatan mengesahkan kesalahan itu dilakukan.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Sinar Harian pada hari Ahad (6 Okt).
Sebelum ini, rakaman video sepanjang dua saat itu viral di Facebook Komuniti Kanak-Kanak Lipis.
Dalam klip itu, kelihatan seorang lelaki sedang mencuci periuk di belakang bangunan dipercayai di pekan Lipis.
-BTS Media