BTS Media

Pengguna sekarang boleh muat naik video Youtube Shorts lebih panjang

KEMAS KINI terbaharu Youtube Shorts, bakal menyaksikan pengguna memuat naik kandungan video sepanjang tiga minit.

Dalam kenyataan pada hari Khamis, YouTube mengumumkan beberapa siri kemas kini untuk platform video itu, termasuk menambahkan durasi maksimum video yang sebelum ini hanya 60 saat, mulai 15 Oktober.

“Ini adalah ciri paling diminta oleh pengguna,” kata YouTube.

“Perubahan ini terpakai pada video dengan aspek ratio segi empat sama atau ‘portrait’, dan   tidak akan menjejaskan mana-mana video yang dimuat naik sebelum 15 Oktober”.

Youtube juga berkata platform tersebut akan memperkenalkan kemas kini pada pemain video ‘Youtube Shorts’, memperkenalkan templat baharu dan melancarkan halaman arah aliran Shorts khusus untuk pengguna peranti mudah alih.

Pengguna tidak lama lagi akan dapat pratonton komen terus daripada suapan, tanpa perlu mengakses bahagian komen.

Ia akan memudahkan mereka menyertai aliran terkini dengan templat, memadankan klip dengan track audio popular dan menambah sentuhan unik mereka sendiri menggunakan fungsi “Remix”.

Pengguna juga akan diberikan pilihan untuk mengakses kandungan YouTube terus dari kamera Shorts, justeru memudahkan untuk menyunting semula klip video kegemaran mereka.

Beberapa minggu lalu, YouTube mengumumkan pelan untuk kemas kini baharu itu dengan menyepadukan model video AI generatif Veo Google DeepMind ke dalam YouTube Shorts pada akhir tahun ini.

Syarikat itu berkata ia akan membolehkan pengguna menukar latar belakang video atau menerbitkan klip video ‘stand alone’.

Pengguna juga akan diberi pilihan untuk membuat perubahan pada video sekerap mungkin, selain memilih untuk mengurangkan paparan Shorts.

Juga, pada tahun lalu, YouTube telah melancarkan kaedah baharu yang membolehkan pengguna menukar video yang lebih panjang sedia ada kepada “Shorts”, di samping membenarkan kandungan menggunakan YouTube Shorts untuk mendapatkan bayaran bagi video bentuk pendek.

Usaha Youtube dilihat sebagai strategi untuk menyaingi TikTok yang secara beransur-ansur memperkenalkan kandungan bentuk panjang.

Pada bulan Februari tahun lalu, TikTok mengumumkan kaedah memanjangkan video kepada durasi maksimum 10 minit, daripada hanya 3 minit.

-BTS Media

Leave a Comment