JALAN Kuala Kubu Baru – Gap telah dibuka semula selepas kejadian tanah runtuh.
Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor, mereka dimaklumkan mengenai kejadian tanah runtuh itu kira-kira pukul 4.15 pagi Sabtu (5 Okt).
“Tanah runtuh menjejaskan kira-kira 20m kawasan jalan.
“Jalan itu dibuka semula pada pukul7.15 pagi,” katanya dalam Facebook pada hari Sabtu.
Beberapa bahagian di negeri Selangor mengalami ribut petir pada lewat hari Jumaat (4 Okt), hingga menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan.
Negara kini mengalami tengkujuh, yang dijangka berakhir pada bulan November.
-BTS Media