BTS Media

Penerbangan Firefly ke Pulau Pinang terpaksa patah balik kerana asap dalam kabin

SATU penerbangan pesawat Firefly ke Pulau Pinang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang kerana asap di dalam kabin.

Menurut maklumat di laman web penjejakan penerbangan Flightradar 24, pesawat bernombor 9M-FYG itu terpaksa berpatah balik kira-kira 15 minit dalam penerbangan berhampiran Kapar.

Video yang dirakam oleh seorang penumpang yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan keadaan di dalam kabin yang dipenuhi asap.

-BTS Media

Leave a Comment