BTS Media

TM mengaku Internet lemah, akibat masalah kabel dasar laut

TELEKOM Malaysia (TM) hari ini mengesahkan bahawa perkhidmatan Unifi sememangnya mengalami masalah capaian.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata isu ini berpunca daripada masalah dengan kabel dasar laut, yang memberi kesan kepada penggunaan Internet untuk pengguna Unifi.

Pengumuman ini dikeluarkan susulan rungutan ramai pengguna Unifi tentang kelajuan internet yang perlahan sejak beberapa hari lalu.

TM berkata pihaknya sedang giat berusaha untuk mengurus dan mengoptimumkan rangkaian Internet pada masa ini.

Status perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, tanpa menyatakan berapa lama keadaan ini akan berlarutan.

-BTS Media

Leave a Comment