BTS Media

Musang King terus kekal jenama milik Malaysia

PERBADANAN Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah memperbaharui sijil perlindungan harta intelek tempatan bagi durian Musang King untuk tempoh 10 tahun iaitu hingga 12 Mac 2034.

Langkah itu menjadikan Musang King sebagai jenama durian hak milik Malaysia dan tidak boleh diguna pakai oleh negara lain.

Kali pertama Musang King didaftarkan sebagai harta intelek di bawah Petunjuk Geografi adalah pada 13 Mac 2014.

Pendaftaran itu bertujuan mengiktiraf reputasi dan kualiti luar biasa raja buah itu yang merupakan produk buah-buahan unik Malaysia.

Walaupun harga sebiji durian Musang King yang dipasarkan di China adalah sekitar RM350, namun tetap diminati oleh rakyat di negara itu.

Pahang adalah negeri pengeluar terbesar Musang King, diikuti oleh Perak.

Malaysia mula mengeksport durian segar ke China pada 24 Ogos lepas, selepas dua bulan Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China dimeterai.

-BTS Media

Leave a Comment