Oleh Yusoff A. Shariff
PERIKATAN Nasional (PN) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung draf memorandum persefahaman (MOU) mengenai peruntukan untuk semua ahli parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusi PN yang juga presiden Bersatu itu berkata, beberapa perbincangan melibatkan semua ahli parlimen parti telah diadakan berhubung perkara tersebut.
“Kami akan membuat pengumuman penting dalam beberapa hari akan datang. Mesyuarat kami mendapati MOU itu agak luar biasa, dan memberikan kami cabaran yang ketara.
“Ia tidak sepenuhnya bertujuan untuk membantu rakyat; tetapi apa pun, akan ada kenyataan rasmi (tidak lama lagi),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di pusat penamaan calon bagi PRK Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Kluang, Johor pada hari Sabtu (14 Feb).
Muhyiddin juga berkata sebelum pengumuman itu dibuat, satu lagi pertemuan dengan Ahli Parlimen Perikatan dan kepimpinan pusat parti akan diadakan.
“Sesetengah ahli Parlimen jelas tidak berpuas hati dengan syarat-syarat MOU itu,” tambahnya.
Pada 3 Sept lepas, Bernama melaporkan ketua whip PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan telah menetapkan tujuh syarat kepada Pembangkang, termasuk syarat mereka menyokong kerajaan sehingga akhir Parlimen ke-15 untuk menerima peruntukan.
Takiyuddin turut berkata draf MOU itu tidak menyatakan sebarang jumlah peruntukan.
Pada 9 Julai lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa isu peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang tidak sepatutnya sukar untuk diselesaikan.
-BTS Media