BTS Media

Tebing sungai di Puchong runtuh, kawasan bina LRA tenggelam

RUNTUHAN tebing sungai menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air (LRA) sedalam 19m di Taman Mas Puchong, Sepang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya bersama lapan pegawai serta anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 4.14 petang semalam.

Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu, katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, pasukan bomba meneruskan pemantauan di lokasi dan mengarahkan pihak pengurusan pembinaan menghentikan kerja pembinaan sementara.

Katanya, pihak pengurusan turut diminta memaklumkan kejadian itu kepada Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Kerja Raya untuk memastikan kawasan runtuhan selamat bagi kerja pembinaan diteruskan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UtusanTV Official (@utusantvofficial)

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/09/07/tebing-sungai-runtuh-kawasan-bina-lra-tenggelam/

Leave a Comment