BTS Media

KD Pendekar: Penyelam TLDM maut dalam operasi di lokasi

SEORANG penyelam tentera laut disahkan maut semasa operasi di lokasi KD Pendekar, yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi, Johor.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi DSP Mohd Syamsuri Mohamad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi tidak memberikan butiran lanjut, lapor Bernama.

“Kami telah menerima laporan, dan perkara itu masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi media pada Rabu (28 Ogos).

Baru-baru ini, Kapal KD Pendekar karam selepas mengalami kebocoran dan dimasuki air selepas melanggar objek dalam air semasa operasi pada 25 Ogos.

Bagaimanapun, kesemua 39 anak kapal berjaya diselamatkan sebelum kapal itu tenggelam sepenuhnya.

KD Pendekar yang merupakan ‘attack craft’ kelas Handalan itu dilancarkan pada 11 Nov 1978 dan ditauliahkan ke dalam armada pada 27 Julai 1979.

-BTS Media

Leave a Comment